Wednesday 15 May 2013

MAJLIS PERPISAHAN EN. VESPANATHAN

IPGKTHO, Batu Pahat, Johor: Pada 15.5.2013 telah berlangsung majlis perpisahan khas buat En. Vespanathan. Majlis telah dihadiri oleh Ketua Jabatan KH, Tn Hj Roseli Md Tan, Timbalan KJ KH, Tn Hj Esa Abdul Rahman serta semua staf jabatan KH. Beliau akan berpindah ke IPG Kampus Ipoh, Perak berkuat kuasa 1.5.2013. Ketua Jabatan KH mengucapkan terima kasih dan perhargaan yang tidak terhingga di atas komitmen dan jasa beliau selama bertugas di IPG Kampus Tun Hussein Onn. Semoga En. Vespa akan meneruskan kerjaya sebagai pensyarah yang cemerlang di tempat baru kelak. Terima Kasih En.Vespanathan dari kami di Jabatan Kemahiran Hidup, IPGKTHO. Sayonara, jam mata ashita (Selamat Jalan, Jumpa lagi di masa akan datang).


En Ismail Saiman selaku pengacara majlis

Tn Hj Roseli, Ketua Jabatan KH memberi ucapan.

En Vespanathan memberi ucapan sempena perpindahan beliau ke IPG Kampus Ipoh
 
Serah tugas daripada En Vespanathan kepada KJ diiringi oleh Timbalan KJ.

Penyampaian cenderahati oleh KJ daripada staff KH.

No comments:

Post a Comment