PROGRAM REKA BENTUK DAN
TEKNOLOGI - PENDIDIKAN RENDAH (RBT)
SEMESTER 1
RBT3101
|
Pengenalan Kepada Pendidikan Teknik dan Vokasional
(Introduction to Technical and Vocational
Education )
|
3(3+0)
|
Kursus
ini memperkenalkan kepada program Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Ia juga
berfokus kepada evolusi perkembangan pendidikan teknik dan vokasional (PTV),
falsafah, dasar dan fungsi serta perkaitannya dengan RBT. pengenalan kepada
sistem PTV, pentadbiran dan pengurusan PTV serta RBT turut diberikan penekanan,
kurikulum dan pengajaran PTV dan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah di Malaysia,
buku teks dan bahan sumber lain termasuk penggunaan ICT, ciri-ciri kepimpinan,
proses perancangan dan penilaian RBT, peluang kerjaya dan masa depan RBT.
RBT3102
|
Teknologi Bahan dan Pembuatan
(Material and Manufacturing Technology)
|
3(2+1)
|
Kursus
ini mendedahkan kepada pelajar tentang perkembangan teknologi dan pembuatan
bahan. Pengetahuan berkaitan bahan pengikat, kemasan, barangan logam dan
kelengkapan serta bahan hiasan dalaman dan luaran turut diberikan penekanan,
perkembangan industri pembuatan tempatan dan penggunaan bahan kitar semula,
kemahiran pembinaan projek berasaskan kayu dan logam, penerapan unsur pedagogi
dan pentaksiran berasaskan projek dan kompetensi turut difokuskan.
SEMESTER 2
RBT3103
|
Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
(Primary School
Living Skill Curriculum Study)
|
3(3+0)
|
Kursus
ini memberikan pendedahan dan pemahaman tentang kurikulum dari segi falsafah,
teori dan model pengembangan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah,
perancangan, reka bentuk, pelaksanaan, penilaian, pengurusan dan inovasi
kurikulum dijelaskan, kurikulum sekolah, matlamat dan objektif pengajaran dan
sumber-sumber lain, dan isu-isu semasa berkaitan perkembangan kurikulum sekolah
di Malaysia.
RBT3104
|
Teknologi Tanaman Sayuran dan Hiasan
(Vegetables
And Ornamental Crops Technology)
|
3(2+1)
|
Kursus
ini adalah mengenai teknologi tanaman sayur-sayuran dan hiasan; pengenalan
kepada industri tanaman sayur-sayuran dan hiasan; dokumentasi dan penyimpanan
rekod; pemilihan dan penyediaan tapak tanaman sayur-sayuran; penanaman;
penjagaan dan pengendalian hasil tanaman; penanaman sayur-sayuran secara
hidroponik; pembiakan serta pengurusan tanaman hiasan dan dan pelandskapan,
pengetahuan teori dan kemahiran amali, dan kaedah tunjuk cara/demonstrasi dalam
pengajaran mikro.
SEMESTER 3
RBT3105
|
Kaedah Mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
(Primary School
Living Skill Teaching Method)
|
3(3+0)
|
Kursus ini bertujuan
memperkenalkan kaedah mengajar bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah. Tumpuan diberikan kepada pendekatan pengajaran dan
pembelajaran; strategi, kaedah, teknik pengajaran, kemahiran dan teknik
menyoal, aspek kemahiran merancang pengajaran berasaskan sukatan pelajaran di
sekolah rendah, kemahiran penyediaan, penggunaan bahan bantu mengajar
berasaskan ICT dan pengajaran makro dan mikro.
RBT3106
|
Reka Bentuk Pakaian
(Garment Design)
|
3(2+1)
|
Kursus
ini meliputi tajuk kajian fabrik dan seni reka pakaian. Topik yang dibincangkan
meliputi proses jahitan seperti kelim,
kancing, belah, penghilangan gelembung, lengan, penyudah tepi dan garis leher,
mereka cipta stail pakaian, penyediaan rekod kerja dan membuat pakaian, dan penerapan unsur pedagogi dan pentaksiran.
SEMESTER
4
RBT3107
|
Teknologi Elektrik
dan Elektronik
(Electrical and Electronic
Technology)
|
3(2+1)
|
Kursus
ini meliputi asas elektrik dan elektronik terhadap litar arus ulangalik; motor
arus terus; pendawaian satu fasa; komponen elektronik dan aplikasi litar
elektronik; asas elektronik berdigit; asas mekatronik; robotik; ujikaji litar
arus ulangalik dan arus terus; mereka bentuk printed circuit board (PCB) dan projek elektronik; mendawai litar
pendawaian domestik; membina robot asas teknologi rendah. Penerapan unsur
pedagogi dan pentaksiran turut diberi penekanan.
RBT3108
|
Pentaksiran dalam Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah
(Primary School Design and
Technology Assessment)
|
3(3+0)
|
Kursus
ini menekankan kefahaman konsep dan prinsip pentaksiran bagi mata pelajaran
Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah. Kursus ini membincangkan kesahan dan
kebolehpercayaan ujian, jenis penilaian, penggunaan dan interpretasi data,
pelbagai cara penilaian, panduan membina item ujian dan kaedah menganalisis
item ujian, membina Jadual Spesifikasi Ujian, analisis markah dan statistik
asas, peraturan pemarkahan, kemahiran pentafsiran markah serta laporan
pentaksiran, kemahiran penilaian alternatif seperti penilaian berasaskan
portfolio, penilaian berasaskan ketrampilan dan penilaian berasaskan sekolah.
SEMESTER 5
RBT3109
|
Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan dan Ikan Hiasan
(Pets and
Ornamental Fish Rearing Technology)
|
3(2+1)
|
Kursus
ini adalah mengenai teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan:
pengenalan kepada haiwan kesayangan dan ikan hiasan; penyediaan dan penyimpanan
dokumen dan rekod pemeliharaan; pemilihan haiwan kesayangan dan ikan hiasan;
perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayangan; pengurusan dan
penjagaan harian; pembiakan dan pengendalian; dan pembiakan ikan penyediaan
akuarium dan sangkar hiasan. Kursus ini mengintegrasikan pengetahuan teori dan
kemahiran amali berhubung dengan kaedah pengajaran secara kumpulan dalam
pengajaran mikro
RBT3110
|
Pendidikan
Perniagaan dan Keusahawanan
(Business and Entrepreneurship )
|
3(3+0)
|
Kursus
ini mendedahkan kepada pelajar tentang perniagaan dan keusahawanan iaitu
pemasaran, kewangan, perniagaan elektronik (e-dagang), undang-undang
perniagaan, keusahawanan dan perniagaan kecil serta kemahiran pedagogi.
SEMESTER 6
RBT3111
|
Pengurusan
Makanan dan Teknologi
(Food Management and
Technology)
|
3(2+1)
|
Kursus ini merangkumi
tajuk-tajuk sanitasi makanan, prinsip memasak dan tatasajian; teknologi dalam
penyediaan makanan serta penyediaan makanan, elemen reka cipta diintegrasikan ke dalam
penyediaan makanan, dan penerapan unsur kreativiti ke dalam pedagogi.
RBT3112
|
Pengurusan Keselamatan Bengkel
(Workshop and Safety Management)
|
2(2+0)
|
Kursus
ini berfokus pada falsafah keselamatan dan kesihatan pekerjaan; punca dan
pencegahan kemalangan; organisasi dan pengurusan serta amalan keselamatan
bengkel; reka bentuk bengkel; pengurusan kewangan; pengurusan bahan dan alatan, pengetahuan tentang peraturan, perundangan dan pengurusan personel juga
diberikan penekanan.
SEMESTER 7
RBT3113
|
Penyelidikan Tindakan I – Kemahiran Hidup (Kaedah)
(Action Research
I: Methodology)
|
3(3+0)
|
Kursus
ini memberi pengetahuan tentang pelbagai kaedah penyelidikan dalam pendidikan
dan asas penyelidikan pendidikan. Ia juga meneroka cara-cara merancang dan
melaksana satu kajian tindakan dalam bidang Reka Bentuk dan Teknologi,
menganalisis dan menginterpretasi data penyelidikan, dan kaedah mendokumentasi
hasil penyelidikan tindakan dalam bentuk laporan atau kertas kerja kajian.
SEMESTER 8
RBT3114
|
Reka Bentuk Berbantu
Komputer
(Computer Aided Design )
|
2(0+2)
|
Kursus
ini memberi penekanan kepada reka bentuk projek dengan berbantukan komputer,
aplikasi lukisan 2D, aplikasi lukisan 3D (wireframe,
suface dan solid) dan mereka bentuk lukisan kerja projek kerusi, tempat alat
tulis, susunatur hiasan dalaman ruang bilik dan sangkar haiwan kesayangan,
proses dan perancangan projek.
RBT3115
|
Penyelidikan Tindakan II – Kemahiran Hidup (Pelaksanaan
dan Pelaporan)
(Action Research II: Implementation and
Reporting)
|
3(0+3)
|
Kursus ini melibatkan kemahiran melaksanakan penyelidikan
tindakan dan menulis satu laporan berdasarkan keputusan penyelidikan di
sekolah. Ia juga memberi peluang kepada pelajar mengorganisasi satu seminar
penyelidikan tindakan dan membentang kertas penyelidikan tindakan dalam seminar
itu. Pelajar juga akan menggunakan kemahiran
mereka untuk mendokumentasi dan menerbit kertas penyelidikan dalam jurnal.
RBT3116
|
Proses dan Kaedah Reka Bentuk
(Design Processes and Methods)
|
2(0+2)
|
Kursus
ini memberi penekanan kepada pengenalan, prinsip reka bentuk dan pembangunan
produk; reka bentuk industri; reka bentuk pembuatan dan pentaksiran
Pembelajaran Berasaskan Projek.
No comments:
Post a Comment