1. PENGENALAN
Ijazah
Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang ditawarkan oleh Institut Pendidikan
Guru (IPG) merupakan satu program
latihan perguruan praperkhidmatan bagi melatih guru sekolah rendah dalam
pelbagai bidang. Sebagai prasyarat,
pelajar dikehendaki mengikuti kursus persediaan selama tiga semester di IPG
yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar yang lulus kursus
persediaan ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP) dengan Kepujian selama empat tahun.
2. MATLAMAT PROGRAM
Matlamat
program ini adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti dari
segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan profesionalisme
dalam bidang Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah pendidikan Guru.
3. HASIL PEMBELAJARAN
PROGRAM
Para
lulusan PISMP Dengan Kepujian (Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah)
berkemampuan menjadi guru sekolah rendah yang
i. mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mendalam tentang kandungan ilmu,
bahan kurikulum, pentaksiran, pengurusan persekitaran pembelajaran dan sumber
pembelajaran yang berkaitan dengan bidang Reka Bentuk dan Teknologi
Pendidikan Rendah;
|
ii. menggunakan proses inkuiri dan penyelesaian masalah dalam pembelajaran
melalui kemahiran berfikir aras tinggi dan kritikal dalam bidang Reka Bentuk
dan Teknologi Pendidikan Rendah;
|
iii. menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran dalam bidang Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
dengan mengambil kira faktor fizikal, sosial, budaya, psikologi dan etika
profesional keguruan;
|
iv. berkeupayaan memindahkan dan mengaplikasikan kemahiran yang dikuasai
melalui bidang Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah dalam pelbagai
situasi sebenar;
|
v. memiliki dan menampilkan nilai, etika, dan amalan yang bertepatan dengan
Prinsip Etika Kerja Perkhidmatan Awam dan Kod Etika Keguruan Malaysia; dan
|
vi. menghayati dan mengamalkan nilai murni sebagai insan yang percaya dan
patuh kepada ajaran agama dan kesejahteraan bermasyarakat.
|
No comments:
Post a Comment