IPGKTHO: Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia telah menganjurkan satu Kursus Induksi Persijilan Kemahiran Malaysia atas permohonan Jabatan KH, IPGKTHO khas untuk pensyarah-pensyarah yang akan menjadi pegawai pemantau / penilai luar kepada JPK untuk menyelia calon-calon pensyarah Kolej Vokasional di seluruh Malaysia yang akan mengambil Sijil Kemahiran Malaysia melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Kursus ini adalah wajib kepada bakal-bakal penyelia yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah dari IPGK Pendidikan Teknik dan IPGK Tun Hussein Onn. Kursus induksi ini diadakan pada 12-13 Mac 2015 di bilik mesyuarat Jabatan Kemahiran Hidup.