Thursday 30 January 2014

MAJLIS PERSARAAN TN HJ ROSELI & EN ZULKAFLI

PAGOH, JOHOR: Pada 30.1.2014, bertempat di Nasuha Herbs, Pagoh, Johor telah berlangsung majlis meraikan 2 orang pensyarah Jabatan Kemahiran Hidup, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat yang akan bersara. Majlis telah diadakan dengan program dan aturcara yang telah disusun dari awal pagi lagi dengan pelbagai informasi dan aktiviti. Program di mulai dengan ceramah oleh Penolong Pengurus Nasuha Herbs iaitu Pn Norhayati berkenaan pelbagai herba dan khasiatnya yang terdapat di ladang Nasuha yang berkeluasan lebih 3000 ekar. Para pensyarah JKH juga berpeluang melawat ladang Nasuha dengan menaiki trem yang disediakan. majlis juga diserikan dengan tayangan montaj yang diraikan, disertaikan oleh ahli keluarga dan penyampaian hadiah serta cenderamata.


Video Lawatan Ladang Nasuha Herbs [klik sini]

Sunday 5 January 2014

TAKLIMAT PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN DAN TUGASAN KERJA KURSUS KBAT DAN RUBRIK IPG

IPKTHO, Batu Pahat, Johor: 6.1.2014, bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Kemahiran Hidup(JKH) telah diadakan taklimat peperiksaan dan kerja kursus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT) dan rubrik IPG. Taklimat disampaikan oleh Puan Radziah, pensyarah JKH selaku IEE IPG dan jabatan KH. Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat terkini berkenaan penggubalan soalan peperiksaan dan tugasan kerja kursus KBAT dan rubrik IPG. Ketua Jabatan mengucapkan tahniah dan syabas atas komitmen para pensyarah JKH mengikuti taklimat ini.



MESYUARAT JKH BIL.1/2014

IPGKTHO,Batu Pahat,Johor: Pada 30.12.2013, telah diadakan mesyuarat Jabatan Kemahiran Hidup (JKH) Kali Ke 1/2014, bertempat di Bilik Mesyuarat JKH, masa 2.30 petang. Antara agenda ialah; i). Agihan Jadual Waktu 2014, ii). Persediaan Mengajar, iii). Dapatan Penilaian P&P Pensyarah dan iv). Perancangan Jabatan Tahun 2014. Ketua Jabatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah yang dapat hadir pada mesyuarat ini.